Back to Media Room
 

Utusan Malaysia, 18 Mei 2007

Biotek bukan asing dalam Islam

Oleh: AINI AHMAD

DASAR Bioteknologi Kebangsaan telah dilancarkan lebih dua tahun yang lalu, atau lebih tepat pada 28 April 2005. Ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai penjana pertumbuhan ekonomi baru. Banyak projek bioteknologi telah dijalankan melibatkan bidang biofarmaseutikal, pertanian, perubatan dan industri.

Mungkin masih ramai yang belum memahami sepenuhnya bidang biotek ini. Secara mudahnya ia menjurus ke arah aplikasi teknologi yang menggunakan sistem biologi atau organisma hidup untuk dijadikan produk bagi kegunaan tertentu.

Bagaimanapun, proses ini melibatkan pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran yang berguna dan dapat dimanfaatkan oleh manusia. Beberapa disiplin ilmu diperlukan seperti genetik dan bidang-bidang biologi serta kejuruteraan kimia, teknologi maklumat dan seterusnya. Pemahaman istilah bioteknologi yang paling praktikal dan masih digunakan sehingga hari ini adalah penanaman tumbuhan yang dapat mengeluarkan makanan yang sesuai untuk manusia.

Bagi seorang Muslim, bidang biotek tidak seharusnya menjadi asing dan takut didekati. Ajaran Islam dengan jelas menyebutkan tentang saranan-saranan yang berkaitan dengan bidang ini. Al-Quran sendiri banyak menyebut tentang pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia. Di dalam al-Quran disebutkan (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya).

Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu (‘Abasa:24-32). Galakan bercucuk tanam juga tidak kurang disebutkan oleh Nabi s.a.w. sendiri antaranya seseorang akan mendapat pahala sedekah sekiranya tanamannya dimakan oleh binatang. Apatah lagi jika tanaman tersebut dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Islam menyuruh supaya umatnya memilih makanan yang baik-baik. Makanan yang baik bukan setakat halal tetapi mempunyai khasiat dan mendatangkan manfaat kepada orang yang memakannya.

Di samping itu tidak kurang ayat-ayat yang menyebutkan berkaitan ubat-ubatan kepada penyakit yang dideritai manusia boleh disembuhkan dengan hasil dari pokok atau tumbuhan. Madu lebah umpamanya, yang memang terkenal dengan khasiat perubatan terhasil dari tumbuh-tumbuhan dan diproses dalam badan seekor lebah.

Aspek kebersihan, ketelitian dan pengkajian mendalam adalah aspek yang penting dalam bidang biotek. Aspek-aspek tersebut amat berkait rapat dengan saranan-saranan yang terdapat dalam agama Islam. Al-Quran menyebutkan bahawa sesetengah tumbuhan itu mempunyai kelebihan tertentu berbanding tumbuhan lain.

Biotek juga tidak dapat dipisahkan dengan penghasilan bahan-bahan makanan yang diubah suai secara genetik atau Genetically Modified Foods (GMF). Dalam hal ini terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan pemerhatian. Produk-produk makanan yang telah diubah secara genetik ini pada asalnya adalah halal.

Bagaimanapun, pengiktirafan halal bagi bahan-bahan makanan yang diproses menggunakan unsur gen binatang terutama gen khinzir amat perlu diberi perhatian. Percampuran gen dari berbagai organisma lain biasa dilakukan dalam industri pemakanan.

Umat Islam perlu berhati-hati apabila membuat pemilihan makanan dalam bentuk ini. Bagi pengusaha pula, mereka perlu lebih bertanggungjawab agar pengguna tidak mengambil makanan tanpa mengetahui ia mengandungi bahan-bahan yang dimasukkan gen tidak halal.

Umat Islam disaran melibatkan diri dalam bidang biotek dan kajian-kajian yang berkaitan dengannya dianggap ibadah. Umat Islam seharusnya mendahului kajian-kajian biotek dan menerajui penemuan-penemuan baru dalam bidang biotek kerana ia telah lama disaran dalam Islam.

"Although MAVCAP and MDV come under the supervision of my ministry, they are entities under the Finance Ministry.

"The move to have my ministry oversee the three venture capital companies will drive new economic growth areas such as IT and biotechnology beyond the research zone," he said at the end of the MSC International Advisory Panel meeting yesterday.

 
Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer