Back to Media Room
 
Berita Minggu, June 29, 2008

Mahu warga UPM komersialkan penyelidikan

Oleh Habsah Dinin

TRADISI kecemerlangan UPM dalam bidang penyelidikan dapat dilihat sejak Rancangan Malaysia Ke - 6 (RMK – 6) pada 1990-an lagi. Pengiktirafan UPM sebagai Universiti Penyelidikan mulai 11 Oktober 2006, terus meningkatkan keupayaan dan potensl penyelidikannya secara optimum dan efektif untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan sebuah negara maju.

Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah berkata, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pengkomersilan universiti terus diperkasa dengan pelbagai pendekatan dan kaedah yang terkini.

Katanya, ini termasuklah usaha membudayakan prestasi tinggi dalam semua fungsi dan peranan universiti bagi meningkat dan memperluas hasil penyelidikan universiti itu menerusi penerbitan ilmiah dan intelektual yang berimpak tinggi.

Beliau berkata, hasil penerbitan itu nanti akan dapat dikongsi warga global dan seterusnya dimanfaatkan untuk kesejahteraan masyarakat sejagat.

“UPM juga menubuhkan Pusat Inovasi dan Pengkomersialan bagi menyelaras dan memberi fokus khusus kepada aktiviti pengkomersilan kepada semuä hasil penyelidikannya.

“Ini termasuk aktiviti mendapatkan dana bagl menyokong aktiviti penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan dengan lebih berkesan dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Malaysian Biotechnology Corporation (MBC) serta syarikat pengkomersial yang lain,” katanya.

Dr Nik Mustapha berkata, pusat ini berperanan memberi pendedahan kepada penyelidik uniyerslti mengenai kepentingan memelihara hak Harta Intelek (IP) penyelidikan yang dihasilkan sebagai langkah menjaga kepentingan universiti dan negara.

Oleh itu, beberapa tokoh perundangan dalam dan luar negara dijemput memberikan pendedahan sewajarnya kepada warga penyelidik UPM.

“Bilangan produk yang berjaya dipatenkan juga meletakkan UPM menerajui IPT lain di negara ini. Sebanyak 16 produk teknologi mendapat sijil paten (paten granted) sementara 157 produk/teknologi masih dalam status ‘patent pending’,” katanya.

Beliau berkata, UPM akan terus meningkatkan usaha melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pasaran kerjaya dan guna tenaga negara.

Ini termasuklah usaha Pembelajaran Berpusatkan Pelajar, Pengukuhan Kemahiran Insaniah, Starting School dan Finishing School; dan Aktiviti Kokurikulum Berkredit akan terus diperkukuhkan sejajar dengan keperluan negara masa kini.

Dalam pada itu Dr Nik Mustapha berkata, kejayaan Anugerah Penyelidik Cemerlang 2007 akan menjadi pendorong kepada penyelidik khususnya golongan muda agar mencontohi kejayaan yang dilakar saintis UPM yang berpengalaman dan sentiasa beriltizam mengukir kejayaan yang berterusan kepada UPM.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang anugerah dan seterusnya berharap penyelidik UPM akan terus berusaha meningkatkan kualiti penyelidikan serta mengharumkan nama UPM di peringkat global dengan membudayakan pencapaian prestasi tinggi,” katanya.



Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer