Back to Media Room
 

Harian Metro, November 28, 2007

RM7 juta kos rawatan percubaan barah

BIOVEN Sdn Bhd, syarikat bioteknologi pertama di negara ini yang memperkenalkan rawatan terapi terbaru untuk barah memperuntukkan antara RM6.5 hingga RM7 juta bagi menjalankan rawatan klinikal percubaan kepada kira-kira 230 pesakit yang menghidap barah dalam tempoh sehingga 2009.

Daripada jumlah pesakit yang akan menjalani rawatan percubaan itu, 200 pesakit dari Negara ini dan selebihnya dari negara Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr W Shermal Perera, berkata pihaknya sudah memilih 12 pusat perubatan di negara ini bagi melaksanakan percubaan rawatan itu selain tiga negara Eropah lain termasuk Sepanyol, United Kingdom dan Itali.

Menurutnya, terapi yang dikenali sebagai vaksin barah EGF itu yang paling efektif diperkenalkan setakat ini terutama bagi tumor pepejal seperti barah paru-paru, barah payudara, barah pundi kencing, barah ovari dan barah prostat.

“Kami yakin terapi barah ini akan dapat diperluaskan di pasaran farmasi antarabangsa menerusi rangkaian produk terbaru rawatan kanser,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Pengerusi Bioven, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotech Corp (BiotechCorp), Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer