Back to Media Room
 

Utusan Malaysia, 11 September 2007

Cadangan perkongsian rangsang industri bioteknologi

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Projek dan insentif tambahan bagi sektor bioteknologi seperti yang diumumkan dalam Bajet 2008 dipercayai dapat mempercepatkan pembangunan industri bioteknologi di negara ini.

khusus dalam usaha mengkomersialkan kajian-kajian serta penyelidikan yang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Biotechnology Corporation (MBC), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, perkongsian 80/20 seperti yang diumumkan dalam cadangan Bajet 2008 bakal merangsang kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di pusat pengajian tinggi tempatan (IPT) bagi tujuan komersial.

“Kebanyakan R&D berkaitan bioteknologi oleh penyelidik, pensyarah dan pelajar IPT amat baik, tetapi habis setakat itu sahaja tanpa usaha-usaha untuk mengkomersialkan hasil kajian itu.

“Pada Bajet 2008, kerajaan telah menggariskan kerangka perkongsian dengan 80 peratus hasil kajian itu diberi kepada penyelidik terbabit dan 20 peratus kepada syarikat yang mengkomersialkan produk tersebut,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Usahawan Bioteknologi, di sini hari ini.

Menurut beliau, kerangka perkongsian sebegitu amat baik dalam mempercepatkan pembangunan industri bioteknologi selaras usaha kerajaan menjadikan bidang tersebut sebagai enjin pertumbuhan baru bagi ekonomi negara.

Katanya, kerjasama daripada segi penggunaan makmal dan kemudahan, seperti dalam Bajet 2008 juga akan dapat menjimatkan kos.

Iskandar berkata, langkah tersebut juga boleh mencepatkan pelaksanaan projek-projek seperti perolehan teknologi, pembangunan pusat penyelidikan biodiversiti dan pusat pengkomersialan bioteknologi.

Katanya, pembangunan pusat penyelidikan biodiversiti dapat memperkukuhkan kekuatan negara dalam rangkaian nilai bioteknologi dunia, manakala kerjasama antara swasta.


 

Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer