Back to Media Room
 
Harian Metro, July 29, 2008

BiotechCorp USM giat R&D
Tandatangani perjanjian perkongsian bangun nanoteknologi tinggi


UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) menandatangani satu perjanjian perkongsian baru - baru ini dengan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) ke arah penyelidikan dan pembangunan R&D nanoteknologi tinggi serta kerjasama.

Mengikut perjanjian itu, seramai tiga penyelidik USM akan menjalani latihan selama 12 bulan di Perancis untuk menggiatkan lagi R&D untuk industri bioteknologi Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata USM dipilih sebagai rakan kongsi dalam inisiatif ini sejajar rekod prestasinya yang mantap dalam kerja penyelidikan secara bersama.

“Kami gembira dapat memberi komitmen kepada perjanjian ini kerana program pemindahan teknologi itu merangkumi maklumat teknikal, pengetahuan, teknik pengeluaran, data kejuruteraan, spesifikasi bahan dan maklumat utama secara komersial lain kepunyaan Nanobiotix SA (NBTX) dari Perancis,” katanya kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Pada 2007, BiotechCorp menandatangani perjanjian pemindahan teknologi dan pelesenan dengan NBTX yang menguasai lesen eksklusif di seluruh dunia bagi platform nanoteknologi.

“Kerjasama ini tidak dijalankan atas asas jangka pendek. USM akan memastikan dalam tempoh tidak lebih 12 bulan selepas penyelidik pulang, bagi membolehkan penyelidik lain menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipindahkan lebih awal,” katanya.

Hasil latihan adalah bagi USM membangunkan dua aplikasi produk dalam tempoh empat tahun.

Sebagai pulangannya, semua hak harta intelek terhadap penambahbaikan, peningkatan dan inovasi yang dibangunkan sendiri USM seharusnya akan menjadi hak milik USM.

Pada persidangan Bio San Diego 2008 awal bulan ini, rakan kongsi antarabangsa BiotechCorp menekankan beberapa tindakan utama yang perlu diambil bagi menyokong cita – cita negara menjadi hab bioteknologi global.

Satu daripadanya ialah keperluan mewujudkan program inovatif untuk mengembang dan memperoleh semula bakat tempatan dalam sains hayat dan bioteknologi dan meningkatkan inisiatif sektor pendidikan dan swasta – Bernama




Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer