Back to Media Room
 
Berita Harian, 27 May 2008

BiotechCorp sudah guna 40 peratus peruntukan RMK-9

MALAYSIAN Biotechnology Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp) sudah menggunakan 40 peratus daripada peruntukan berjumlah RM300 juta yang diberikan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sejak 2006.

Menerusi RMK-9 kerajaan memperuntukkan RM2 bilion kepada sektor swasta untuk membiayai pelbagai projek pembangunan bagi meningkatkan produktiviti sektor bioteknologi.

Ketua Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata pihaknya diberikan peruntukan RM300 juta bagi pembangunan komersial, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan usahawan serta teknologi maklumat.

Katanya, daripada jumlah itu RM100 juta masing masing digunakan bagi tujuan komersial dan R&D, manakala RM50 juta masing-masing untuk pembangunan usahawan serta teknologi maklumat.

“Kami akan sentiasa memantau program diatur bagi memastikan peruntukan ini digunakan sebaik-baiknya bagi meningkatkan produktiviti sektor bioteknologi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan laporan ‘The Biotech Review 2005 – 2007’ di Kuala Lumpur, semalam.

la adalah laporan industri bioteknologi pertama dikeluarkan seiepas pelancaran Dasar Bioteknologi Kebangsaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada April 2005.

Pelancarannya disempurnakan bersama Iskandar Mizal dan Ahli Lembaga Pengarah BiotechCorp Datuk Puteh Rukiah Abdul Majid.

Dalam pada itu, Iskandar Mizal berkata kira kira 100 syarikat bakal menerima Status BioNexus sebelum berakhir pelaksanaan RMK-9 menjelang 2010.

Katanya, BiotechCorp mensasarkan sekurang-kurangnya 70 syarikat bioteknologi akan menerima Status BioNexus menjelang akhir tahun ini dan beberapa syarikat lagi kini sedang dalam penilaian jawatan kuasa pemilihan.

“Ketika ini terdapat 56 syarikat berstatus BioNexus dengan 15 daripadanya terbabit dalam sektor pertanian,” katanya.

Daripada 56 syarikat berstatus BioNexus, 14 daripadanya memiliki sebahagian kepentingan asing manakala empat daripadanya adalah milik asing sepenuhnya.

Menerusi Piagam Jaminan BioNexus, syarikat yang mendapat status berkenaan bebas mendapat dana daripada pasaran global, tidak dikenakan sekatan mendapatkan pekerja berpengetahuan dan menikmati insentif cukai, geran serta bantuan pembangunan.

la juga akan dibantu mendapatkan akreditasi antarabangsa, diberi perlindungan dan penguatkuasaan harta intelek (IP), akses rangkaian maklumat, penggunaan makmal dan penyelidikan serta hanya perlu merujuk kepada BiotechCorp sebagai sumber sehenti.
Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer