Utusan Malaysia, May 27, 2008
Bekerjasama bangunkan
industri bioteknologi
KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan dan swasta perlu
bekerjasama membangunkan industri bioteknologi untuk
mencapai sasaran yang lebih tinggi dalam pasaran
antarabangsa.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr
Maiximus Ongkili berkata, kerjasama itu penting
kerana industri bioteknologi berpotensi meningkatkan
tahap ekonomi negara.
“Kita harus memberi penekanan kepada semua
organisasi temasuk universiti, agensi kerajaan dan
pihak swasta supaya mempertingkatkan kemahiran dan
keupayaan dalam industri bioteknologi,” katanya pada
pelancaran The Biotech Review 2005 – 2007 di sini
hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood.
Dalam hal ini, Maximus berkata, isu jurang
pembiayaan juga perlu ditangani secara berkesan,
tambahan pula, ia memerlukan penyertaan yang lebih
besar daripada sektor swasta menerusi pembiayaan
modal.
Tambahnya, pembangunan modal insan dalam
bioteknologi juga mesti dipertingkatkan melalui
latihan dan pendedahan bagi menarik minat syarikat
bioteknologi antarabangsa yang berbakat ke negara
ini.
“Kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam
pembangunan modal insan juga periu dipertingkatkan
melalui penyertaan yang lebih meluas oleh syarikat
multinasional bioteknologi seperti farmaseutikal dan
universiti,” katanya.
Maximus berkata, di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM2
bilion bagi melengkapi pembiayaan sektor swasta
untuk menggalakkan bioteknologi. |
|