Harian Metro, May 27, 2008
100 dapatkan status
BioNexus
Kira-kira 100 syarikat sedang dalam peringkat
perancangan mendapatkan status BioNexus bagi
melayakkan mereka mendapat keistimewaan yang
terkandung dalam Bil Jaminan BioNexus.
Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar
Mizal Mahmood, berkata pihaknya mensasarkan
sekurang–kurangnya 70 syarikat mendapat status itu
menjelang akhir tahun ini, tetapi terdapat banyak
syarikat dalam cadangan jawatan kuasa penilaian.
“Setakat ini, 56 syarikat mendapat status BioNexus,
dan 14 daripadanya mempunyai pembiayaan asing
manakala empat adalah milik penuh orang luar,”
katanya. – Bernama |
|