Back to Media Room
 
Kosmo, 26 Mac 2008

Selidik penyakit kanser dengan mengkaji genetik

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

KUALA LUMPUR – Sebanyak 90 orang rakyat Malaysia secara purata dikesan menghidap penyakit kanser dalam tempoh sehari. Malah menurut satu kajian, pesakit kanser di negara ini juga melibatkan pesakit yang umurnya 10 tahun lebih muda daripada pesakit yang sama di negara maju.

Berdasarkan fenomena membimbangkan itu, Malaysian Genomics Resources Sdn Bhd (MGRC) mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan Washington University Genome Sequencing Centre (WUGSC) bagi menjalankan penyelidikan berkenaan genomics.

Secara asasnya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata genomics adalah kajian tercanggih mengenai penafsiran tanda genetik pelbagai organisma dan penyakit kritikal seperti kanser.

”Genomics dikenal pasti membantu mencegah penyakit kanser dan mempunyai keupayaan untuk mengadiagnosis kesihatan manusia mampu memberi reaksi dalam sistem badan dengan baik dan dapat meramalkan pengaruh awalan penyakit,” katanya pada Seminar Kanser Genomics di sini semalam.

Tambah Iskandar Mizal, dalam penyelidikan genomics dalam sudut bioteknologi pula ia penting kerana bukan saja dapat memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia malah dapat mempertingkatkan pencapaian mereka dalam bidang saintifik.

Iskandar Mizal seterusnya yakin perkembangan positif yang merupakan kali pertama dijalankan dalam sejarah sains dunia mampu membawa pembaharuan dalam mencegah penyakit kanser di negara ini.
Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer