Back to Media Room
 
Harian Metro, 11 March 2008

70 syarikat taraf BioNexus

Jangkaan BiotechCorp berikutan perkembangan terbaru dalam industri.

BILANGAN syarikat berstatus BioNexus dijangka meningkat kepada 70 buah menjelang akhir tahun ini daripada 42 pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata sembilan syarikat baru mengambil bahagian dalam industri itu sejak Januari iaitu menjadikan syarikat berstatus BioNexus berjumlah 51.

“Setakat ini banyak perkembangan dalam industri. Kami melihat banyak jalinan kerjasama antarabangsa ke negara ini selepas Dasar Bioteknologi Negara diumumkan.

“Jika anda melihat kepada aliran kami yakin kami berupaya mencapai sasaran,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Status BioNexus dianugerahkan kepada syarikat bioteknologi berkelayakan menjadikan mereka layak untuk memperoleh insentif di bawah Rang Undang Undang Jaminan BioNexus.

BiotechCorp, yang ditubuhkan pada 2005 adalah agensi pembangunan utama bagi industri bioteknologi Negara.

Dalam perkembangan lain, Iskandar Mizal berkata Malaysian Genomics Resources Sdn Bhd (MGRC) akan membawa Washington University Genome Sequencing Centre (WUGSC) ke Malaysia pada 25 Mac sebagai sebahagian dari acara Siri Penceramah Terkemuka.

WUGSC adaiah pusat susunan DNA (asid deoksiribonukleik) dan dikenali kerana penyelidikan tercanggih megenai penafsiran tanda genetik pelbagai organisma dan juga penyakit kritikal seperti kanser, katanya.

Institut berkenaan juga adalah pelanggan kepada syarikat induk MGRC Synamatix Sdn Bhd syarikat perintis dalam bidang bioinformatik di Malaysia.

“Hasrat Siri Penceramah Terkemuka diadakan adalah untuk menyediakan peluang kepada peserta dalam industri bioteknologi di Malaysia untuk mendengar dari mereka, berbincang dan bertukar pandangan mengenai trend utama dan perkembangan daripada perkara penting yang menjadi topik oleh pakar dalam bioteknologi,” katanya.

Beliau berkata acara itu juga mengenengahkan rangkaian dan tahap kepakaran dan keupayaan dibangunkan dalam syarikat BioNexus melalui perkongsian dan kerjasama yang berjaya di peringkat antarabangsa.
Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer