Berita
Harian , 10 March 2008
MVCA beri anugerah 9
syarikat
PERSATUAN Modal Teroka dan Ekuiti Swasta Malaysia
(MVCA) memberikan anugerah kepada sembilan syarikat
dan organisasi kerana sumbangan mereka dalam
menyokong perniagaan atau projek baru oleh usahawan
dan syarikat pertumbuhan tinggi.
Antara penerima anugerah itu ialah HSBC Bank Bhd,
Star Publications (Malaysia) Bhd, Pusat Sumber ICT
MCA Multimedia Development Corporation, Malaysia
Debt Ventures Bhd, Malaysian Biotechnology
Corporation, Malaysian Venture Capital Management
Bhd, Dana Cradle dan Universiti Teknologi Kreatif
LimKokWing.
Sumbangan itu adalah dalam bentuk pembiayaan modal
inkubasi idea dan teknologi inovatif serta bantuan
dan sokongan ke arah mengkomersialkan produk dan
perkhidmatan.
“MVCA juga memberikan anugerah kepada syarikat modal
teroka dan ekuiti swasta yang menjana dana antara
2006 hingga 2007,” kata Pengerusi MVCA, Azam Azman
pada Majlis Jamuan Tahunan MVCA di Kuala Lumpur,
baru- baru ini.
Beliau berkata penerima anugerah itu termasuk CIMB
Private Equity Venture Capital, Malaysian Technology
Development Corporation Sdn Bhd, Malaysian Venture
Management Incorporation Sdn Bhd dan Mayban Ventures
Sdn Bhd. |
|