Back to Media Room
 
Berita Harian, April 8, 2008

Latihan di Bangalore

STEMPEUTlCS Research Malaysia, syarikat berstatus BioNexus, akan menghantar kumpulan pertamanya yang merangkumi 15 pekerja Malaysia ke Bangalore, India, bulan ini bagi menjalani latihan makmal basah dan teori mengenai sel stem.

Mereka akan dilatih di bawah program Kecemerlangan Operasi dan Profesional Sel Stem (SCOPE) bagi mempersiapkan mereka mengendalikan makmal sel stem Stempeutics di Taman Teknologi Malaysia yang akan beroperasi bulan depan.

Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) ialah penyokong utama program SCOPE yang mana Ketua Eksekutifnya, Datuk Iskandar Mizal Mahmood menyifatkannya langkah penting bergerak ke hadapan bagi pembangunan Industri bioteknologi Malaysia.
Home | Biotech In Malaysia | About Us | One Stop Centre | The BioNexus Network | Grants & Programmes | Events |
Media Room
| Contact Us | Useful Links | Disclaimer