Utusan Malaysia, Oktober 19, 2007
Biotech latih 240
usahahawan bioteknologi
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Badan penggerak usahawan
bioteknologi Malaysia, Biotechnology Corporation
Sdn. Bhd. (BiotechCorp) menetapkan sasaran untuk
melatih sehingga 240 usahawan syarikat bioteknologi
dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Iskandar Mizal
Mahmood berkata, BiotechCorp kini giat membangunkan
modal insan menerusi beberapa program latihan yang
telah dirancang, termasuk Program Usahawan
Bio-Global (QB3) yang diumumkan hari ini.
“Bioteknologi boleh dianggap sebagai antara
penggerak utama industri, maka usahawan bioteknologi
tempatan harus diberi perhatian dan latihan.
“Progran QB3 adalah hasil kerjasama pihak kami
dengan California Institute for Quantitative
Biomedical Research bagi kerja-kerja penyelidikan,
pembangunan modal insan dan keusahawanan
bioteknologi, “ katanya pada sidang akhbar bagi
mengumumkan program tersebut di sini, hari ini.
Menurut Iskandar, pada peringkat awal, BiotechCorp
memperuntukkan RM1 juta bagi program QB3 dan akan
menghantar 20 usahawan untuk menyertai latihan itu
selama seminggu di San Francisco, Amerika Syarikat
(AS).
|