Utusan Malaysia, Oktober 02, 2007
Tiga syarikat asing
labur RM960J
KUALA LUMPUR 1 Okt - Tiga buah syarikat bioteknologi
asing akan melabur kira kira AS$280 (RM960 juta) di
dalam sektor bioteknologi negara selewat-lewatnya
hujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Biotechnology
Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp), Datuk Iskandar
Mizal Mahmood berkata, dua daripada tiga buah
syarikat tersebut adalah dari negara India dan
sebuah lagi dari Amerika Syarikat.
“Tiga buah syarikat tersebut adalah syarikat yang
mempunyai pendapatan yang teguh dan salah sebuah
syarikat itu melabur kira kira AS$250 juta (RM848
juta) di negara ini bagi mengkomersial produk mereka,”
katanya kepada pemberita selepas taklimat Kerjasama
Perniagaan Bioteknologi Malaysia-Kesatuan Eropah
2007 (EUM BIO 2007), disini hari ini.
BiotechCorp ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan
oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi untuk
meningkatkan pembangunan bidang bioteknologi di
negara ini.
Iskandar Mizal berkata, ketiga-tiga syarikat
tersebut masih menunggu kelulusan daripada
BiotechCorp untuk beroperasi di negara ini iaitu
untuk mendapat taraf Bionexus bagi menikmati
insentif cukai termasuk pengecualian cukai selama 10
tahun bermula dari tahun syarikat itu mencatatkan
keuntungan.
|