|
Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), agensi pembangunan industri tempatan, menjangkakan syarikat berstatus BioNexus masih mempunyai prospek perniagaan yang positif di sebalik persekitaraan ekonomi global yang merosot.
Setakat ini terdapat 86 syarikat yang diberikan status BioNexus dalam sektor informatik, bioteknologi perindustrian, bioteknologi pertanian dan bioteknologi penjagaan kesihatan.
Ketua Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, berkata kebanyakan syarikat berstatus BioNexus masih pada peringkat permulaan dan wujud peluang yang luas untuk mereka mengembangkan perniagaan ke luar negara.
Katanya, walaupun prospek perniagaan adalah positif, persekitaran industri berkenaan dijangka menjadi lebih sukar tahun depan terutama dengan terjejasnya sistem kewangan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain, iaitu antara rakan dagang utama Malaysia.
Produk bioteknologi masih diperlukan di seluruh dunia dan ini menyediakan peluang untuk berkembang kepada syarikat BioNexus yang kebanyakannya masih berada pada peringkat permulaan,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian program Perkongsian BioNexus (BNP) antara BiotechCorp dengan tujuh universiti tempatan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kuala Lumpur, semalam.
Tujuh universiti tempatan terbabit adalah Universiti Islam Antarabangsa (UIA),Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti MalaysiaTerengganu (UMT), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Iskandar Mizal memeterai perjanjian itu bagi pihak BiotechCorp manakala FRIM dan tujuh universiti terbabit oleh wakil masing-masing. Ia disaksikan Pengerusi BiotechCorp , Tan Sri Dr. Ahmad Zaharuddin ldrus.
Iskandar Mizal berkata, BNP adalah inisiatif yang disasar untuk menyokong keperluan industri bioteknologi menerusi kemudahan penyelidikan canggih, infrastruktur dan keupayaan yang di-Seba gal permulaan, 20 kemudahan makmal dimulakan bagi program ini daripada 15 yang kami sasarkan tahun ini" Iskandar Mizal Ketua Eksekutif BiotechCorp sediakan Institusi terbabit.
Sebagai pulangan, katanya, industri akan mendapat akses lebih luas kepada penyelidikan termasuk institut penyelidikan, taman teknologi, inkubator dan syarikat berkaitan kerajaan, sekali gus mengurangkan kos kepada syarikat BioNexus untuk membina makmal penyelidikan.
"Sebagai permulaan, sebanyak 20 kemudahan makmal dimulakan bagi program ini daripada 15 yang kami sasarkan tahun ini," katanya sambil menambah BiotechCorp mensasarkan 50 kemudahan makmal sehingga tempoh akhir fasa pembinaan keupayaan bioteknologi pada 2010.
|